Tarikh : 29-30 Oktober 2024
Masa : 09.00am - 05.00pm
Lokasi : Kelantan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Menjelang akhir kursus ini, peserta akan berkemahiran menggunakan ChatGPT, dan alat-alat AI terpilih untuk meningkatkan kompetensi diri.Pada penghujung kursus, peserta diharapkan berupaya:
a) Menjelaskan sekurang-kurangnya lima (5) fungsi ChatGPT yang boleh
digunakan bagi meningkatkan kompetensi diri.
b) Menjelaskan sekurang-kurangnya lima (5) fungsi alat-alat AI terpilih yang boleh
digunakan bagi bagi meningkatkan kompetensi diri.
c) Menggunakan ChatGPT Prompt mengikut struktur RoTaFA bagi tujuan
menghasilkan hasil yang bermakna.
d) Menjalankan demonstrasi teknik penggunaan sekurang-kurangnya tiga (3)
fungsi ChatGPT.
e) Menjalankan demonstrasi teknik penggunaan sekurang-kurangnya tiga (3)
fungsi alat-alat AI terpilih.
f)Membuat sekurang-kurangnya satu (1) ulasan penilaian berpasukan terhadap
hasil kerja rakan-rakan peserta lain.
RM1,950.00
Melalui ChatGPT & Kecerdasan Buatan (AI) dirancang khusus untuk memenuhi
tuntutan dinamika kerja dalam sektor pekerjaan masa kini. Bengkel ini bertujuan untuk
membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan terkini dalam penerapan
teknologi AI khususnya ChatGPT, untuk mengoptimumkan proses kerja,
meningkatkan efisiensi, dan menggalakkan inovasi dalam tugas-tugas harian.
Kami percaya, sumber manusia yang mempunyai kearifan dalam teknologi AI akan
menjadikan mereka sumber manusia yang produktif dan mampu memberi sumbangan
kepada organisasi.
Bengkel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak bagi peserta untuk mengeksplorasi
dan memanfaatkan potensi penuh ChatGPT dan alat-alat AI terpilih dalam
mempercepat penyediaan maklumat, memperkaya proses pembuatan keputusan,
dan merangsang pembangunan idea kreatif yang akan membawa kepada
peningkatan produktiviti kerja yang berimpak tinggi. Kami mengajak anda untuk
menjadi sebahagian daripada transformasi ini, membuka lembaran baru dalam
perjalanan profesional anda dengan memanfaatkan kekuatan pembelajaran aktif dan
teknologi canggih.